Rest In Peace My Beloved Friend.

Wednesday, June 07, 2017



Assalamualaikum and holla holla. Hari ni nak update pasal satu cerita yang dah lama jadi past tense. I would like to tell a story about my beloved friends that i feel guilty towards him. really really really. i dont know why, but untill his last breath, i still feel i had missed something in my life. i had learned something that is really important in this life, HOW TO APPRECIATE OTHERS. 

ok, al-kisahnya bermula waktu kat sekolah menengah. bertempat di sekolah menegah kebangsaan jitra. And waktu tu ana form 1. Ana duduk asrama dulu. waktu awal2 masuk asrama, Ana memang krik krik sangat. bukan nak belagak ka apa, tapi x mau la tersalah pilih kawan kan. Ana kawan ja dengan semua, tapi kawan rapat sampai berkepit ke mana sahaja tu x dak lagi la. after a few weeks kot, baru la Ana bertemu dengan seorang sahabat yang bernama Nor Syafiah. Ana boleh rapat dengan dia sebab kebetulan kami dua sekelas and kami duduk blok asrama yang sama. lepastu, Ana ni dulu dikenali oleh ramai senior sebab kakak and abang ana dulu sekolah sini jugak. senang cerita Ana ni kena tempias popular depa la. (gelak besar). lepastu ada la salah seorang dari senior ni calonkan nama ana untuk jadi pengawas asrama untuk sesi petang. sedangkan waktu tu, sesi petang x penah ada pengawas asrama. dah la ana ni baru form 1, pastu nak kena jaga sesi petang termasuk la form 2. senior kotttt........



ok, skip yang tu. lalu ana pon jadi la pengawas asrama sesi petang. start daripada situ la ana dikenali oleh gang aspura. nak dijadiakn cerita lagi, kami ni budak2 asrama wajib kena riadah, and budak asrama ni terkenal dengan team bola tampar. pasukan bola tampar sekolah memang semuanya budak asrama. haaaaaa, lalu ana pon join la bola tampar. ana pon memang minat sukan2 nih. setiap pagi kami kena turun training. tapi kami hanya boleh bertanding bila dah masuk sesi pagi, atau form 3 dan ke atas. tapi kalau hebat sangat, boleh ja join team under 15. tapi jarang la berlaku.

dah berapa bulan ana duduk asrama, ana x pernah kenal pon senior2 aspura, maksud ana yang sesi pagi. sampai la ada satu hari ni, ana baru dapat tau yang syafiqah ni adasepupu aspura sesi pagi. benda ni pon menjadi antara sebab musabab ana lagi dikenali oleh aspura sebab sepupu syafiqah ni atlet sekolah. so kalau dah nama pon atlet sekolah, mesti la popular gilaaa. depa semua kenal ana sebab pengawas sesi petang tu and sebab ana kawan sepupu kamarul (nama atlet sekolah tu). 

ana x penah tegur pon gang aspura ni sebab depa semua jenis......x tau la nak kata. tapi ana memang x berani la nak buat2 friendly dengan depa. melainkan kalau depa yang tegur dulu, haaa yang tu ana boleh kompromi. waktu meeting pengawas asrama pon ana x penah bersuara. kalau warden suruh pon, ana akan pilih untuk senyum dan angguk. ana x penah hafal pon sapa pengawas aspura. ana ingt yang penting ja contohnya macam ketua pengawas asrama. 


TIBA-TIBA, ada satu minggu ni, syafiqah ni kena kacau. bukan kacau hantu ka apa, tapi ada number ni dok hantar mesej nak berkenalan lah, buat missed call lah. lepastu si syafiqah ni dah agak dah tu keja sapa. x lain x bukan iaitu sepupu kesayangannya, iaitu kamarulzaman. lepastu dia minta tolong ana la kacau balik number tu. ana pon dengan pantasnya ambik la number tu. sebab waktu tu ana memang tengah boring gila. ana pon kacau la number tu, tanpa mengetahui milik siapakah number itu. kami dua pada mulanya ada la jugak syak yang tu mesti number aspura, tapi bila kami kacau tu, cara dia balas mesej tu mcm bukan budak SMJ. kami pon lagi rancak la kacau. (gelak jahat)

ana kacau number tu hampir sebulan. seingat ana la, ana mesej dengan number tu sampai cuti sekolah. cuti penggal kedua. pastu tiba2 waktu cuti tu ana rasa beralah gila, tahap paling tinggi la bersalah tu. ana dah x mau tipu, ana pon jujur la dengan mengatakan yang ana ni budak SMJ dan budak aspuri. ana tipu dia. ana kata ana ni budak mrsm pastu dapat number dia dari kawan. macam tu la lebih kurang, x ingat sangat ana tipu apa kat dia. hahahahahahahhahahaha. benda yang mengejutkan ana adalah, tuan number tu dah tau sapa ana. dia dah tau lama dah yang ana ni budak aspuri. ana pon ketaq lutut la. bukak sekolah nanti, ana dah boleh bayang nasib yang akan menimpa ana. ana minta maaf banyak kali kat tuan number tu. untuk adilkan keadaan, ana pon tanya la yang siapa sebenarnya dia. sebab ana yakin yang dia pon membongak dengan ana. (membongak=menipu). lepastu, dia pon minta maaf jugak dan reveal siapa dia yang sebenarnya. JENG JENG JENG........


nama dia adalah MOHAMMAD BADARUDDIN. tarikh lahir dia ialah 1.11.1996. yesss, thats right, dia tua dua tahun dari ana. dia ni gang kamarul tu la. depa dua ni team bola tampar sekali. senang cerita, kawan baik la. kami semua panggil dia bada. dia duduk kat langkawi. bila ana dapat tau ja yang tu number bada, ana terdiam. sebab ana x penah kenal pon bada ni. tapi ana penah dengar cerita pasal dia. dia ni agak garang. kalau denagn perempuan ni, keja nak psycho ja. ana minta maaf lagi dan lagi bila dapat tau tu number dia. ana mula2 macam x percaya yang tu dia sebab cara dia layan ana punya mesej tu lain sangat2 dari apa yang ana dengar pasal dia. betul kata pepatah, dont judge a book by its cover. tak kenal maka tak cinta. maka dari situ la kami menjadi kawan. malam tu jugak la ana baru tau yang dia ni pengawas asrama. tapi waktu tu ana still x boleh ingat dia ni yang mana. keesokannya baru ana betul2 ingat dia ni yang mana. har har har...

masa pon berlalu, pejam celik pejam celik, dah 3 tahun kami kawan. waktu ana dah form 3 and dia dah form 5. dah last year kat SMJ. waktu tu kami dah rapat. kami dua memang rapat, tapi kalau orang yang x tau, orang akan ingat kami dua ni musuh atau sama macam anjing and kucing. sebab kami dua2 orang kalau jumpa, x penah la nak cakap elok2. mesti akan psycho sesama sendiri. x semua orang tau yang kami rapat. hanya kawan2 sebilik dengan ana and best friends ana ja yang tau. depa semua dah tau sangat cara ana and bada ni macam mana. kalau x silap ana, waktu hujung tahun form 3 ni la, kami start renggang. tiba2 ja si bada ni minta tolong ana cari awek kat dia. ana time tu tengah jahiliyah, ana dah couple. sebab tu kami boleh maintain jadi kawan baik. x move on ke next stage sebab ana dah couple. haish, apa la nak jadi waktu tu. kecik2 dah pandai couple. lepastu, ana pon, sebab kesian tgk dia lonely ja, (gelak jahat), ana pon cari kan la untuk dia. ana kenalkan dia denga kawan baik ana jugak. lama jugak nak kenen depa dua nih. sebab si bada ni x pernah couple, lepastu dia kan jenis psycho and garang, mana la reti nak romantik2 nih. tapi, setiap lelaki ada cara dia yang tersendiri. semenjak daripada perkenalan depa dua tu la, ana dengan bada dah jarang contact. depa dua pon berkawan. 

(2014)

maka tahun baru pon tiba. 2014, ana dah form 4. bada dah habis belajar. ana dah lama sangat x contact dia. rasanya last mesej kami is ana ada wish good luck kat dia untuk spm. tu ja. kalau x silap la. ana pon ingat2 lupa dah. tapi yang pasti memang dah lama x contact, x sembang, x gaduh macam dulu. bada stay kat langkawi, so memang x jumpa la dia. kalau macam senior2 yang lain, selalu ja terserempak sebab depa semua duduk dekat area sekolah ja. waktu awal bulan tu baru ana dapat tau yang bada ni dah x contact dengan kawan ana tu.depa dua nak putus. bukan putus apa, tapi dah x contact. ana pon ada la jugak try mesej bada, tapi memang cara dia lain sikit. memang nampak la yang dia tengah busy kerja. dia keja kat restoran fast food kat langkawi. x ingat la mcd atau kfc. hujung bulan satu, ana tengah happy p sekolah macam selalu, ana dapat khabar angin yang bada mai sekolah. dia jumpa cikgu2 and jumpa kawan2 dia. ana macam terasa la jugak sebab dia x mesej apa pon kat ana. ana nampak dia lalu kat sebelah kelas ana, tapi ana x tegur pon. sebab time tu mcm tengah marah sikit la kononnya. kalau la waktu tu ana tegur dia, mesti ana x akan rasa bersalah sampai sekarang. mesti ana x akan menyesal macam sekarang. tapi benda dah jadi kan. kita x boleh putar balik masa. 
itu adalah kali terakhir ana tengok bada. sebab esokya dia dah balik langkawi. masih sama, ana tetap x contact dia. 

seminggu lepas dia mai sekolah tu, pada suatu pagi yang indah, kami semua dikejutkan dengan berita yang amat amat amat amat amat sedih. bada accident dekat langkawi. waktu tu dia otw nak p keja. dia naik moto and accident dengan BULLDOZER. 

ni dia bulldozer kalau hampa semua x tau. bulldozer ni paking tepi jalan. bada x nampak bulldozer ni lepastu dia terlanggar and tercampak. dia cuba untuk bangun sebab dia memang tercampak ke tengah jalan, tapi waktu dia nak cuba bangun tu, dia kena langgar dengan treler. kami dapat tau yang keadaan bada 50-50. dia masih bernafas sebab bergantung kat machine. doktor nak buat operation tapi x boleh lagi sebab keadaan dia sangat2 lemah. doktor tagguhkan operation dia sampai dia kuat sikit. 
start daripada haritu, mood kami satu gang mendung ja. x dak la sampai x senyum langsung, tapi memang x seceria macam selalu la. setiap hari kami akan contact adik bada untuk update pasal abg dia. 2 3 minggu lepas bada kena tahan kat icu, gang bola tampar yang sama batch dengan dia termasuklah coach kami, buat rombongan p melawat bada. kami x boleh p melawat bada sebab waktu tu kami tgh exam awal tahun. kami pon hanya mampu berdoa ja dari sini. day by day, times fly and bulan 2 pon menjelma. keadaan bada tetap sama walaupun selepas operation buang darah beku kat otak. doktor dah sahkan yang otak dia memang rosak. organ dalam badan dia semua hancur. memang hancur la sebab bada ni memang kurus. lepastu kena langgar pulak dengan treler. doktor kata bada ni kalau hidup, dia memang sama macam mayat hidup. sebab dia memang akan bergantung dekat machine ja. ana x boleh bayangkan perasaan mak ayah dia waktu tu. kami yang kawan2 pon sebak sampai kertas exam basah lencun, inikan pulak mak ayah dia. 

dah masuk minggu kedua bulan 2. tiba2 balik dari sekolah, ana terfikir satu benda yang paling ana takut. tengah kami semua dok lepak2, dok mesej dengan adik bada, tanya pasal perkembangan bada, ana boleh pulak trcakap satu statement yang mengejutkan semua orang kat situ. ana kata kat depa semua, 
"weyh, macam mana kalau bada meninggal waktu birthday aku?"
birthday ana 17 februari. ana takut sangat kalau benda ni jadi betul. kawan2 ana pon apa lagi, sound la. depa marah la. depa kata bada akan okay. nanti bada akan wish birthday kat ana. ana time tu memang x boleh fikir dah pasal wish x wish ni. ana nak dia selamat ja. ada salah seorang kawan bada, gang bola tampar jugak, dia stay kat langkawi untuk jaga bada. dia la yang dok update kat kami sebab adik bada kan kena p sekolah. ada satu malam tu, paen kata yang bada sedar sat. waktu tu doktor kata keadaan bada makin stabil. kami semua bersyukur sangat2. kawan2 ana pon kata la yang dia akan selamat, lepastu nanti dia akan wish kat ana happy birthday dan yada yada. (yada yada= dan lain2). 

kami x pernah berhenti berdoa untuk bada. lagi beberapa hari birthday ana. ana makin bersemangat sebab keadaan arwah stabil. ana dah letak harapan yang dia akan wish kat ana waktu birthday nanti. tapi, cuaca x selalu cerah kan. malam tu kami dapat info daripada paen yang bada kritikal. dia masuk icu balik. harapan ana waktu tu memang remuk gila. malam tu, dengan keadaan separa sedar, ana cakap benda yang sama.
"weyh, macam mana kalau bada meninggal waktu birthday aku?"
"aku dapat rasakan yang benda ni nak jadi. aku x sedap hati weyh."
air mata time tu memang laju ja mengalir. semua terdiam, kami semua x boleh tido dengan tenang minggu tu. macam mana la mak and ayah dia kan. tengok anak terlantar atas katil and penuh dengan wayar kat badan. Allahu. sakitnya perasaan tu. keadaan bada tetap sama. x dak perubahan ke arah positive. makin kritikal. sampai doktor tanya family bada, 
sama ada nak cabut bantuan pernafasan tu atau nak biar bada pergi sendiri (sampai ajal).
Allahuakbar. remuknya hati mak ayah dia bila dengar soalan macam tu. soalan tu seolah-olah pilihan kita is sama ada nak jadi pembunuh, atau nak jadi penyeksa. dua2 menyakitkan. last sekali family bada buat keputusan untuk biar dia pergi bila ajal dah sampai. waktu tu memang kami semua kena tunggu berita sedih ja la. memang x dak harapan yang bada akan sembuh.

tick tock tick tock....
birthday ana pon tiba. sepertia biasa, ana yang kan bangun dulu kat blok tu. ana bangun awal sebab x nak berebut bilik air. lepas ana mandi, baru ana akan kejut kawan2 yang lain. depa semua jenis siap cepat. ana ja yang mandi berejam. huhu. tapi pagi tu ana rasa pelik. something is missing. ana pon lepas mandi, dengan senyuman di bibir (sebab birthday kan, mesti la happy), ana keluar la dari toilet nak kejut kawan2 yang lain, tapi depa semua dah bangun. bilik semau dah cerah. wow, ajaib sangat. padahal time tu baru pukul 5 macam tu. ana pon senyum je la. and kawan2 ana yang selisih dengan ana semua wish happy birthday. lagi panjang la senyuman ana. tapi, senyuman ana yang panjang bejela tu, hilang dalam sekelip mata. ana selisih dengan roommate ana. dia wish birthday kat ana, lepastu ana cakap la thank you dengan gembira x terkata, tapi ana notice yang muka dia macam serba salah. ana tengok ja muka dia, lepastu baru dia buka mulut.
"ten, hang x tau lagi ka?"
"tau apa hajar?"
"bada dah x dak. dia meninggal tadi pagi pukul 4.30 pagi." 
ana diam. x terkata. ana terkejut sampai terduduk kat tengah jalan tu. serious ana memang terkejut sebab benda yang paling ana takut, jadi betul2. best friend ana meninggal waktu birthday ana. ana balik bilik, semua kawan2 duduk atas katil and tergamam. semua x tau nak react macam mana bila tengok ana. kawan ana yang ana kenenkan dia dengan bada, dah menangis teresak-esak dah. ana pon still terdiam. ana masuk bilik and duduk atas lantai. rasa macam mimpi ja waktu tu. rasa dunia ni macam stop. x tau la nak describe mcam mana, tapi memang sakit sangat2. sepanjang hari, bila kawan2 wish birthday, ana akan nangis. sebab ana paling mengharapkan wish dari arwah bada. kawan2 semua terkejut sebab ana sepanjang hari menangis ja. cikgu yang rapat dengan ana faham sangat. depa biarkan ana. depa x tegur apa pon. depa cuma pesan untuk tabah. 

so, lepas daripada tu, every year, setiap kali ana nak sambut birthday, memang ana kan teringat kejadian ni. thanks to all my friends, depa mesti akan plan macam2 waktu birthday ana supaya ana x teringat kejadian tu. sebab tu la setiap tahun birthday ana mesti meriah. ana nak jaga hati dan perasaan kawan2 ana and nak hargai effort depa semua. ana akan tunjukkan yang ana betul2 happy dengan surprise yang depa buat. hampa semua memang terbaik. 

Al-fatihah buat mohammad badaruddin.






You Might Also Like

0 comments

Popular Posts