new Life yowww
Sunday, January 01, 2017
assalamualikum. hyeeeeee. lamanya x update blog ni. nak dekat setahun x update. banyak sangat nak kongsi kat sini. banyak sangat kenangan terindah jadi lepas tamat zaman persekolahan. macam2 benda baru yang dipelajari. dipendekkan cerita, sekarang ni aten dah masuk fasa universiti. alhamdulillah dapat masuk UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. aten dapat course masscomm. sebelum ni x penah tau pon pasal kos nih. waktu isi upu la baru tau akan kewujudan kos ni. pastu mama and abah la yang suggest kat aten untuk ambik kos ni. aten pon ambik la. kalau ada rezeki, ada la. kalau x dak pon xpa. hahahaa. alhamdulillah, dah masuk semster dua pon kat sini. banyak benda yang aten nak kongsi sepanjang satu semester menjalani frasa perkenalan dengan kawan2 baru and bidang baru. bukan tu ja, dunia dan cara hidup pon baru sebenarnya.
waktu awal2 sem satu, memang blajaq sbb parents ja. mcm terpaksa pon ada jugak. tapi bila dah kenal lecturer,dah kenal classmate and dah kenal subjek masscom, mula la jatuh cinta. memang betul la orang kata, x kenal maka x cinta. bila dah kenal, jatuh cinta. hahaha. bila dah cinta, mula la sayang nak tinggalkan. alhamdulillah la. akhirnya dapat adapt dgn subjek ni dan dunia baru ni. betul la orang kata lagi yang zaman persekolahan amat beza dengan zaman kat universiti ni. bukan sikit, tapi banyak sebenarnya. kena ready mental betul2. kalau x ready mental, memang senang la nak kena culture shock. classmate yang sekarang ni pon ada dah yang kena culture shock. sebelum2 ni dengar ja perkataan culture shock, bila masuk zaman U ni, baru tau culture shock tu macam mana. boleh tahan jugak la penangan culture shock ni. boleh berubah seseorang tu 360 darjah.
apa2 pon, ni semua masih lagi permulaan untuk dunia baru ni. banyak lagi cabaran yang akan aten lalui sepanjang ada kat sini. so, get ready la mental n fizikal. tapi yang sekarang ni pon dah rasa mcm nak pecah otak, apatah lagi yang coming soon. semoga segalanya dipermudahka la. bila masuk U ni, dah x dak makna la nak tido awal. memang susah la nak tido awal. selalunya awal budak2 U ni sama dengan pukul 2 atau 3 pagi. hahaha. dah penah cuba nak tido awal dalam pukul 10 atau 11 macam tu, tapi x boleh. sebab dah terbiasa tido pukul 2 atau 3 pagi. satu lagi sebab banyak sangat pikir. masuk zaman U ni, kita akan lebih fokus pada duniawi. sebab paling mudah, kita boleh stay up sampai pukul 3 4 pagi buat assignment, tapi subuh x boleh nak bangun pulak. na'uzubillah. sedih la bila jadi macam ni. sepatutnya bila masuk U ni la banyak masa kena spent dekat jalan Allah. tapi sebaliknya. bila la nak sedar ni wahai hamba-hamba Allah. semoga kita semua dapat keredhaan dalam menuntut ilmu.
ok. thats all for today. sebenarnya nak post panjang lagi tapi sebab gambar x dak, so x best la nak tulis panjang2. gambar banyak dalam hard disk kat rumah. nak tunggu gambar, raya cina la baru boleh update blog ni. tu pon belum tentu lagi. hahhaha. ok. bye. sekian.
0 comments