Rest In Peace My Beloved Friend (never thought that i will write about this again)
Thursday, August 29, 2019
Assalamualaikum. hai faris. Susahnya nak tulis post kali ni. Aku tak sangka gila aku akan tulis pasai hang. post aku sebelum ni dok perli hang, post pasai betapa hang ni masuk ayaq. sahabat yang paling pelik aku ada. tapi rapat. Allahuakbar. aku sedih gila. aku x sangka orang yang aku megadu waktu arwah badar meninggal, akan tinggal aku jugak. i mean secepat ni. kita baruuu ja plan nak lepak. nak reunion. aku baru masuk degree kat shah alam. x sempat nak update kat hang. x sempat nak pau suruh hang belanja aku. hahhaa. aku x tau nak cakap, tapi serius aku sayang hang. kita selalu ngadu kat each other. kita x selalu contact. tapi kalau ada masalah, even benda kecik pon kita akan roger each other. aku ingat lagi bila hang spam aku, kononya ada masalah besaq, padahal waktu tu hang nak mintak tlg aku pilih kasut futsal. hang tanay aku yang mana cantik. aku penat sebab baru balik dari meeting event. aku beletiaq kat han sbb buat cuak. hemh, cepat ja masa berlalu weyh. aku rindu hang malam ni. sebab tu aku nak post pasai hang. at least nanti aku boleh baca balik. nanti one day, aku akan follow hang jugak. aku akan follow hang dgn arwah badar. tempat terakhir untuk semua orang. tapi hampa dua yang dapat peluang pi dulu. orang baik akan pi dulu. and thats true, hampa dua memang baik.
screenshot yang buat aku termenung selama seminggu. seminggu aku ambik masa nak hadam berita nih. thanks to all my friends sbb bagi aku semangat. |
tempat hang hembus nafas terakhir. |
senyuman yang kekal sampai hang tutup mata. hang tetap senyum dalam pakaian putih. aku happy sebab hang senyum and muka hang tenang weyh. Allahuakbar. |
aku kenai hang waktu form 2. sebab waktu tu hang baru pindah pi smj. waktu awai hang pindah, hang ni antara budak laki yang hot. sebab hang pandai and ada rupa. plus hang gang bola. sebab tu la hang popular. first time aku cakap dengan hang waktu dalam bas, otw nak pi bukit merah. waktu tu hang rapat dengan gang nina. hang pemalu waktu tu. hang x cakap sangat dengan perempuan. waktu tu aku pon tabik kat hang. sbb hang mcm segan2 nak cakap dengan perempuan. adore gila waktu tu. tiba2, waktu form 4, hang sekelas dengan aku. tapi waktu form 4 tu, aku dah x adore hang. hahahaha. sebab aku dah kenai hang. waktu form 4 la kita start rapat. hang rapat dengan aku sbb dok mengadu kasih kat aku. aku pon dengar ja laaa. bila hang tgh sedih tu, aku dok beletiaq la kat hang. pastu kita semua jadi satu gang. naik form 5, hang duduk sebelah aku. haduhhh, waktu form 5 la paling sakit jiwa. hang selaluuuu tidoq dalam kelas. tapi waktu math dengan add math ja hang bangun. celik biji mata. waktu subjek lain, mesti hang tidoq pastu dok mintak chewing gum kat aku bila cikgu marah. walaupun hang tidoq dalam kelas, tapi bila exam, hang lagi score dari aku. emooo jaaa......hang selalu gak la dok pau bekal makanan aku. kalau hang malas nak pi kantin, hang dok sekali dgn gang kami, makan bekal kami. haduh, rindu weyh. kadang2 hang bawak kek mak hang buat. hang bagi kat kami. kek, biskut, pastry. sedap weyhh. hang baik weyh. serious hang baik. hang sama macam bff hang, syai. hampa ni jenis nampak ja kasaq, tapi sebenaqnya hampa caring. aku kenai hampa dua. antara gang laki yang aku look up la. gittew. satu lagi tabiat hang, bila hang mengantuk dalam kelas, hang akan mintak kat aku cube. hang akan main bawah meja. pastu hang la yang ajaq aku main cube. kita selalu la dok gaduh pasai cube. berebut cube bagai. riuh satu kelas. bila hang tersengguk ja, aku terus baling cube kat hang. pastu hang akan main diam2 bawah meja. bila cikgu round, aku la tlg jadi mata2 hang. x pasai2 la aku bersubahat dengan hang.
tapi tulah, sapa sangka, aku akan tgk hang for the last time dalam keranda. ajal maut kat tangan Allah. 11 April 2019, tarikh hitam dalam hidup aku tahun ni. nak dijadikan cerita, hari yg hang meninggal tu, aku x tgk langsung phone ptg tu. sbb aku kena bertugas malam tu dekat surau, aku tgh serabut dengan event bagai. tiba2, tgh meeting malam tu, lepas maghrib, aida call aku. aku dah start rasa x sedap hati. suara dia tenggelam timbul. teresak-esak. aku pelik.
dia suruh aku duduk and tarik nafas. aku lagi x sedap hati. lepastu pelan-pelan dia cakap,
"aten, faris dah x dak. dia accident petang tadi." Tuhan ja tau waktu tu aku rasa apa. speechless weyh. air mata aku terus turun. x henti. aku sampai lupa cara nak bernafas. kelam kabut aku cari inhaler.
aku duduk dekat tangga surau tu, aku diam. aku tarik nafas. aku cuba hadam berita yang aku baru dapat. aku jadi blank weyh. serious aku blank. bila aku dah sedar, aku terus bangun masuk surau, terus jumpa dengan ketua aku, aku peluk dia, aku bisik kat dia apa yang jadi. dia peluk aku and bagi nasihat kat aku. dia suruh aku terus balik bilik. aku x mungkin la nak terus balik bilik. memang idok ler. waktu tu kawan baik aku balik dengan aku. aku terus contact budak laki kelas kita. aku call afiq. aku waktu tu pon tgh meeting. aku tanya dia betoi ka apa yang aku dengar semua. lepastu dia explain satu2 kat aku. lepas aku call afiq, aku baru kuatkan diri nak bukak chat group kelas kita. dekat situ la aku dapat screenshot status fb sepupu hang. sepupu hang yang spread berita pasai hang. aku terus call gang smj yang ada kat area selangor. aku tanay depa tau dak hang kat hospital mana. sebab waktu tu semua x dapat maklumat hang dekat hospital mana. aku call semua yang aku ada number. lepastu aku dapat tau yg jenazah hang ada dekat hospital sg buloh, waktu tu aku dah nekad weyh, x kira kat hospital mana jenazah hang dibawa, aku nak jugak pi. lantak la esok tu aku kelas pagi ka apa ka. jauh ka dekat ka, aku nak jugak pi. gila kan aku malam tu. haha. lepastu aku dapat information dari sepupu hang, aku dapat contact dia, aku dapat tau yang jenazah hang ada dekat hospital shah alam. HOSPITAL SHAH ALAM! depan kolej aku ja weyh. aku jalan kaki pon sampai. aku bersyukur gila waktu tu. Allah mudahkan aku untuk jumpa hang. aku terus call ainaa, sbb aku tau hubungan hang dengan adik dia. and aku tau keadaan adik dia macam mana. aku terus gerak pi hospital tu dengan kawan baik aku and ainaa. sampai ja, aku terus cari hang kat bahagian kecemasan. aku nak cuba nasib kot2 hang sebenaqnya masih hidup, tapi kritikal. bila pi kat kaunter, nurse tu cakap x dak. dia kata kalau jenazah ada la. yang baru sampai ptg tadi. aku dgn ainaa terduduk dekat depan kaunter tu. laju ja ayaq mata kami dua turun. terdiam bila dengaq kenyataan tu dari mulut nurse.
kawan baik aku terus tanya nurse tu kat mana bilik mayat. pastu nurse tu pon habaq la. kami berlari weyh pi cari bilik mayat. dah macam explorace waktu tu. aku ingat lagi, aku dengan ainaa berlari naik turun tangga, pastu dok baca papan tanda, tapi x jumpa pon bilik mayat. punyalah sedih sampai kami tergelak sebab sesat dalam hospital cari bilik mayat. last sekali kami selisih dengan abg guard indian. kami tanay dia, then dia terus escort kami. dia bawak kami lalu lauan staff. kami guna shortcut la. kawan dia marah, pastu dia kata x pa la, dah lewat malam ni, x dak sapa pon lalu. kami keluaq dari satu pintu ni, terus nampak ramaiiiiiii orang. kami senyum sebab kami tau tu semua family member hang and kawan2 hang. kami terus lari pi kat depan bilik tu. waktu aku sampai tu, aku dgn ainaa x boleh masuk tgk hang. sebab depa dah simpan hang dalam bilik beku. kami jumpa dengan sepupu hang yang lelaki, dia cerita detail kat kami. lepas dengar cerita tu, aku dengan ainaa jalan pi kawasan parking kat sebelah bilik tu. kami duduk pastu meraung weyh. bila ingat balik rasa lawak la jugak. sbb kami meraung macam x ingat dunia. tak ingat Allah. macam x redha dengan pemergian hang. kawan baik aku jenuh la dok tenangkan aku dengan ainaa. ainaa x berani nak update apa2 dekat adik dia. sebab kalau dia x kuat, apatah lagi adik dia. x lama lepas tu, syai sampai. kami jumpa syai. waktu tu aku dapat tau syai ada buat thread pasai hang. saat2 macam mana dia dapat tau berita pasai hang. keadaan dia waktu tu. pastu syai cerita la kat kami last moment dia dengan hang. aku baca thread yg dia buat tu, wuishh, macam ayaq terjun weyh aku punya ayaq mata turun. x berbunyi aku waktu tu. lepas kami semua dah ok sikit, kami pi cari parents hang. waktu awai2 kami sampai, aku dgn ainaa dah jumpa dengan ayah hang. ayah hang cakap terima kasih banyak2 sebab mai ziarah hang semua. waktu nak balik, aku, ainaa dengan syai pi jumpa mak hang. seriosu mak hang kuat. aku sebak tgk mak hang. aku malu tgk diri aku sendiri. mak hang kuat weyh. dia siap boleh layan kami waktu tu. mak hang cerita pasai perangai hang. last mak hang jumpa hang. last message hang dengan mak hang. waktu tu kami semua jenuh dok tahan ayaq mata weyh. masing2 sembunyi dengan senyuman ja. tu ja mampu kami buat. senyum ja. lepastu, kami pi lepak kat kedai mamak. sebab masing2 ntah papa, nak balik kolej pon x dak mood. padahal waktu tu ada spotcheck. aku x heran pon. gangster aku dgn ainaa malam tu. kami sembang sampai nak dekat pukul 1. buat throwback la masing2.
syai malam tu lepas lepak, dia balik rumah abg dia. sbb esok paginya dia terus balik kedah dengan syahmi.depa semua nak jumpa hang kat kedah. aku sedih sangat sebab x dapat jumpa hang. esoknay ainaa ada kuiz. aku x dak kelas. rezeki betul. Allah memang mudahkan urusan aku. tiba2, pukul 9 macam tu, kawan hang dari mrsm call aku. dia tanay aku nak pi hospital x sbb pagi ni hang punya post mortem, lepas post mortem terus mandikan jenazah and kafan. aku x pikiaq panjang dah, terus call najiha yasmin, sbb dia ada memang nak ziarah hang jugak. kami 3 gerak pi hospital terus. waktu aku sampai, hang x habis bedah lagi. almost 4 jam jugak weyh hang post mortem. lama gila. aku tggu kat luaq x senang duduk. haha. aku x sempat nak santap apa sebelum pi kat hang. dari mlm tu aku pi kat hang, sampai pagi tu aku x sempat mkn apa. bukan x selera, tapi lupa nak makan. pukul 11.30 mcm tu la hang habis post mortem. keluaq ja dari bilik bedah, depa terus mandikan hang. lepas dah mandikan, depa bagi orang masuk. waktu aku aku tlg jaga bag ayah dengan sepupu hang. sbb depa mandikan hang. aku x berani nak masuk awai tu. pastu sepupu hang mai. dia suruh aku masuk pi jumpa hang. tak tipu, berat gial langkah aku. waktu aku nak masuk, mak dengan sepupu hang bagi laluan kat aku, najiha dengan kwan mrsm hang tu. mak hang tolak aku masuk. waktu tu aku berdiri sebelah hang. wuish, jelas lagi muka hang dalam ingatan aku. aku terkejut sebab tgk hang tidoq atas katil tu. hang senyum. serious aku nampak dengan jelas hang senyum. muka hang cerah. bukan sbb lighthing, tapi memang nampak cerah. for the second time aku nampak hang handsome. waktu tu. rambut hang elok ja. jambul masih ada. haha. badan hang tertutup dengan kain pelikat. badan dgn kaki hang longlai. tapi muka hang normal. nampak macam hang tengah tidoq. macam hang tidoq dalam kelas dulu. cuma kali ni nampak lagiii handsome. haha. 10 minit mcm tu aku tgk hang buat kali terakhir. pastu aku ajak najiha tu semua keluaq. sbb aku x sanggup hang nampak aku menangis. aku x mau nangis depan hang. aku nak hang pi dengan tenang. waktu tu aku halalkan semua benda. aku maafkan semua salah silap hang dengan aku, which is aku rasa x dak. sbb hang baik sangat dengan aku. baik dalam makna yang hanya gang kita faham. hahaha. aku hilang lagi sorang sahabat yang hebat. Al-fatihah akmal faris.
ni waktu kami semua jumpa balik. setelah sekian lama x jumpa. disebabkan hang, kami boleh duduk semeja balik. |
kenderaan terakhir yang akan dinaiki oleh semua orang. keranda putih jadi katil hang sepanjang perjalanan dari shah alam ke kedah. |
last moment aku tengok hang. still handsome bro. |
bye. aku tggu report dari kedah pulak. |
keadaan luaq rumah hang. ramai orang pi ziarah hang. hang orang hebat. cuaca pon elok. hang orang baik, sbb tu org ingat hang sampai hari terakhir hang. |
Al-fatihah. |
"hang ni noob la. haduhh." ayat yang hang selalu kata kat aku bila aku buat benda bodoh. aku selalu gelak bila hang kata ayat ni. sbb muka hang lawak. hahahahahha. bye faris.
0 comments